Mesej Pengarah Urusan Kami
Profil Pengarah Urusan Kami
Warisan Kami
Syarikat Kami
Kemudahan Kelas Dunia Kami
Kekuatan Penyelidikan dan Pembangunan Kami
Wawasan dan Nilai-nilai Kami

Hovid Marketing Sdn. Bhd. merupakan sebuah subsidiari milik penuh Hovid Bhd. Ia memasarkan produk kesihatan dan kesejahteraan menerusi saluran perniagaan pemasaran berangkaian.

Bahagian farmaseutikal Kumpulan Hovid mengilang dan memasarkan lebih daripada 300 jenis ubat beretika serta suplemen kesihatan dan diet. Kategori produk Hovid dibahagikan kepada farmaseutikal etika, suplemen diet, suntikan dan produk pengguna.

Barisan produk dan aktiviti utama Kumpulan Hovid termasuk:

  • sistem penyampaian ubat khas, seperti perumusan pembebasan yang telah diubahsuai dan perumusan bio-ketersediaan yang telah ditambah nilainya;
  • produk etika, termasuk analgesik antibiotik, antidiabetik, antihipertensi, antimalaria and antiinflamasi;
  • suplemen diet yang ditambah nilainya;
  • produk pengguna, dan
  • ekstraksi kompleks tokotrienol sawit, kompleks karotenoid campuran dan fitosterol daripada buah kelapa sawit.

Kemudahan pengeluaran Hovid dan segala amalan berkaitan dengan produk farmaseutikalnya menurut piawaian-piawaian PIC/S' GMP dan Amalan Baik Makmal.

Kekuatan Hovid terletak pada pasaran eksportnya yang meliputi lebih daripada 30 negara di serata dunia. Hovid juga berbangga kerana ia merupakan syarikat yang pertama memperkenalkan ubat generik Malaysia di luar negara, khasnya di Filipina dan Kemboja. Ia telah berjaya mendaftarkan 500 produk di 26 negara di seluruh dunia.

Carotech, sebuah subsidiari Hovid, mengeluarkan dan memasarkan produk-produk kompleks tokotrienol spektrum penuh, kompleks karotena campuran, dan fitosterol. Carotech mengeksport ke 27 negara di serata dunia. Carotech Inc, subsidiari milik penuhnya di New Jersey, Amerika Syarikat, bertanggungjawab untuk pemasaran dan pengedaran produk Carotech di Amerika Syarikat. Amerika Syarikat mewakili pasaran terbesar untuk produk Carotech, iaitu 52% daripada jumlah eksport Carotech.

Hapcipta (C) 2005 Hovid Marketing Sdn Bhd ( 457587-X). Semua Hak Terpelihara.