Mesej Pengarah Urusan Kami
Profil Pengarah Urusan Kami
Warisan Kami
Syarikat Kami
Kemudahan Kelas Dunia Kami
Kekuatan Penyelidikan dan Pembangunan Kami
Wawasan dan Nilai-nilai Kami

Pada tahun 1940, seorang siswazah yang giat berusaha dan baru sahaja pulang daripada Canton Wah Lam National Physicians School di China, telah mendapat satu idea untuk memperkenalkan konsep minuman teh herba untuk kesihatan di kalangan kaum Cina di Malaya.

Dr. Ho Kai Cheong, pengasas Teh Herba Ho Yan Hor®, telah menggabungkan 24 jenis herba daun teh dan memperkenalkannya sebagai minuman teh herba yang "sejuk" dan menyegarkan. Apa yang telah bermula sebagai sebuah gerai teh yang kecil pada suatu ketika dahulu kemudiannya berubah menjadi sebuah kilang teh herba untuk jenama teh herba terkenal di Malaysia - Ho Yan Hor ®.

Pada tahun 1980an, seiring dengan kejayaan bapa beliau, Encik David Ho, seorang ahli farmasi terlatih, telah membawa Ho Yan Hor ke tahap yang baru di dalam kecemerlangan industri dengan menjadikannya sebuah organisasi farmaseutikal. Berbekalkan kepakaran dalam bidang farmasi dan semangat keusahawanan semula jadi, Encik David Ho sebagai Pengarah Urusannya, telah menerajui transformasi syarikat yang menakjubkan dengan mengambil bahagian di dalam pendekatan perubatan utama.

Sejak daripada itu, Hovid, (seperti ia dikenali sekarang) telah berkembang menjadi salah satu daripada pengeluar farmaseutikal terulung di Malaysia, yang berkualiti tinggi dan mempunyai penyediaan perubatan dan suplemen kesihatan yang berinovasi.

Hari ini, nama "Hovid" bererti amanah, innovasi dan kualiti, bukan hanya di kalangan komuniti perubatan dan penjagaan kesihatan di Malaysia tetapi di lebih daripada 30 negara di seluruh dunia. Reputasi syarikat untuk kemajuan perintis dan teknologi telah menghasilkan banyak keulungan, termasuk :
  • PERTAMA UNTUK MEMBUNGKUS TEH HERBA DALAM BENTUK UNCANG TEH KERING DAN MUDAH UNTUK DIGUNAKAN.
  • KILANG PENGKAPSULAN GELATIN LEMBUT PERTAMA DI MALAYSIA DENGAN STATUS PERINTIS DARIPADA KEMENTERIAN PERDAGANGAN DAN INDUSTRI ANTARABANGSA.
  • PERTAMA DI MALAYSIA UNTUK MENGHASILKAN ANALGESIK SALUT FILEM
  • PERTAMA DI MALAYSIA UNTUK MENGHASILKAN AMBITAB DALAM BENTUK TABLET MUDAH LARUT.
  • PERTAMA DI MALAYSIA DAN DUNIA UNTUK MEHGHASILKAN PROSES DAN PERALATAN UNTUK MENGEKSTRAK KAROTENA DAN VITAMIN E DARIPADA MINYAK KELAPA SAWIT.

Hovid juga berbangga kerana menjadi satu-satunya syarikat farmaseutikal Malaysia yang mendapat kelulusan untuk menjadi pembekal terdaftar bagi United Nations Children's Fund (UNICEF) dan Relief and Works Agency for Palestine Refugees (UNRWA).

Hapcipta (C) 2005 Hovid Marketing Sdn Bhd ( 457587-X). Semua Hak Terpelihara.