Mesej Pengarah Urusan Kami
Profil Pengarah Urusan Kami
Warisan Kami
Syarikat Kami
Kemudahan Kelas Dunia Kami
Kekuatan Penyelidikan dan Pembangunan Kami
Wawasan dan Nilai-nilai Kami

Satu daripada kekuatan utama Hovid terletak pada kemampuan penyelidikan dan pembangunannya. Ini boleh dilihat daripada dua divisyen R&Dnya yang terletak di dua lokasi berasingan. Divisyennya di Universiti Sains Malaysia memfokuskan usaha ke arah kajian pra-perumusan dan kemujaraban, ciri-ciri ubat, serta sistem khas penghantaran ubat. Manakala, divisyen yang terletak di kilang pengeluarannya di Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia, memberi tumpuan kepada bagaimana untuk meningkatkan lagi proses-proses pengeluaran, serta memperbaiki lagi perumusan produk-produk tersedia ada, dan menghasilkan produk-produk baru.

+ Besarkan Gambar

Hovid Bhd merupakan syarikat pertama dalam industri farmaseutikal di Malaysia yang diberi akreditasi bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) pada tahun 1995.

Akreditasi ini membuktikan bahawa makmal Hovid Bhd memenuhi syarat-syarat MS ISO/IEC 17025, di mana ia mempunyai keupayaan ujian yang tinggi dan sistem kawalan mutu yang teguh bagi memastikan produk-produk yang dikeluarkan adalah bermutu tinggi dan selamat.

Dengan erti kata lain, produk-produk Hovid Pure adalah berkualiti dan bertaraf tinggi, dan sentiasa mementingkan keperluan kesihatan para pengguna.

 

Hapcipta (C) 2005 Hovid Marketing Sdn Bhd ( 457587-X). Semua Hak Terpelihara.