Hovid mempunyai kilang yang moden dan menepati piawaian PIC/S. Kami merupakan syarikat pertama di Malaysia yang mempunyai loji pengkapsulan gelatin lembut yang moden dan telah mendapat pengesahan GMP untuk pengkapsulan barisan suplemen kesihatan dan farmaseutikalnya yang luas dan terhasil secara dalaman. Audit dalaman dan luaran sentiasa dijalankan bagi mempastikan bahawa segala amalan pengeluaran menepati keperluan dan syarat-syarat GMP pada setiap masa.
Hovid juga menggunakan cogan kata " Kualiti Menerusi Budaya Cekap " dengan mengamalkan Sistem Pengeluaran Padu, juga dikenali sebagai Sistem Pengeluaran Toyota (TPS). Sistem Pengeluaran Padu menghasilkan cara kerja yang optimum di sepanjang sistem tersebut menerusi penghapusan pembaziran, agar KUALITI terbina di dalam proses pengeluaran untuk mempastikan kepuasan pelanggan sepenuhnya tercapai.
|