Mesej Pengarah Urusan Kami
Profil Pengarah Urusan Kami
Warisan Kami
Syarikat Kami
Kemudahan Kelas Dunia Kami
Kekuatan Penyelidikan dan Pembangunan Kami
Wawasan dan Nilai-nilai Kami

   Klik untuk membesarkan
 
 
 
 

Encik David Ho merupakan seorang ahli farmasi terlatih. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Farmasi daripada University of Otago pada tahun 1974. Beliau kemudian memperolehi Ijazah Sarjana Farmasi daripada universiti yang sama pada tahun 1976. Beliau telah mendaftarkan diri sebagai seorang ahli farmasi dengan Pharmaceutical Society of New Zealand pada tahun 1974, dan menjadi seorang ahli kimia farmaseutikal dengan Pharmaceutical Society of Great Britain pada tahun 1977. Beliau mendaftarkan diri sebagai seorang ahli farmasi dengan Lembaga Farmasi Malaysia pada tahun 1980.

Selain daripada itu, beliau juga telah menamatkan Program Pengurusan Aplikasi Antarabangsa yang telah dianjurkan oleh Swedish Institute of Management pada tahun 1990 dan Seminar Pengurusan Tertinggi Antarabangsa dalam bidang Kepimpinan Berkualiti yang telah dianjurkan oleh ISO Swedish Management Group pada tahun 1996.

Encik Ho merupakan seorang yang yakin terhadap inovasi. Ketika bekerja di Wyeth Laboratories Ltd sebagai seorang penyelidik farmasi, beliau telah menemui cara baru untuk menghasilkan tablet cepat larut. Beliau juga membantu Wyeth mempatenkan penghasilan tablet cepat larut yang pertama. Ini adalah untuk kegunaan kanak-kanak, warga tua dan pesakit jiwa yang mempunyai masalah untuk menelan.

Pada tahun 1980, beliau telah kembali ke Malaysia untuk mengambil alih perniagaan keluarga yang menjual teh herba. Beliau telah mengasaskan dan memperbadankan Hovid. Di bawah kepimpinan beliau yang berwawasan, syarikat ini telah melalui transformasi yang menakjubkan daripada syarikat herba kepada sebuah syarikat biotek yang tersenarai di Bursa Malaysia pada hari ini.

Dalam tahun 2004, beliau telah dicalonkan sebagai salah satu daripada 6 calon teratas untuk kategori Master Entrepreneur of the Year untuk Ernst & Young Malaysian Entrepreneur Of The Year Award .

Dengan dua kisah kejayaan keusahawanan Malaysia iaitu Hovid dan Carotech, Encik Ho percaya bahawa yang terbaik masih belum lagi tercapai!
   
   
   
Hapcipta (C) 2005 Hovid Marketing Sdn Bhd ( 457587-X). Semua Hak Terpelihara.