tenaga dan kecergasan peribadi yang tinggi.
Hari ini, makanan semula jadi dan makanan tambahan memainkan suatu peranan yang penting di dalam amalan terapi pemakanan dan perubatan pencegahan.
Kini, kita hidup dan bekerja dalam era digital – tekanan kerja membuatkan kita mengamalkan budaya makanan segera, di mana kualiti makanan menjadi pilihan kedua. Makan semasa bekerja, sentiasa bergerak, di bawah tekanan, telah menghalang kita daripada menikmati makanan, dan mengetahui tujuan serta peranan sebenar makanan. Lama-kelamaan, ia akan menghalang kita daripada mengamalkan gaya hidup yang sihat. Pasaraya-pasaraya moden dipenuhi dengan pelbagai makanan segera, dan kebanyakannya mempunyai nilai pemakanan yang jauh lebih rendah daripada makanan yang disediakan di rumah, yang menggunakan ramuan segar dan ditanam secara organik.
Nutrisi memainkan suatu peranan yang penting dalam menentukan tahap kesihatan dan ketahanan badan kita terhadap banyak penyakit. Pilihan yang mudah bagi setiap individu ialah membuat satu pelaburan kecil di dalam makanan tambahan yang boleh menjimatkan berjuta-juta ringgit dalam perbelanjaan perubatan, di samping melindungi kesihatan orang ramai. Tetapi untuk menjadikannya suatu kenyataan, kita perlu berhubung dengan orang ramai, mendidik serta membantu mereka memahami konsep gaya hidup yang sihat.
Di Hovid Pure, kami percaya bahawa ia merupakan hak kelahiran anda untuk menikmati Kesejahteraan Menyeluruh menerusi kesihatan dan kegembiraan yang terbaik dalam kehidupan. Kami menumpukan perhatian kami kepada membantu orang ramai untuk hidup lebih lama, lebih sihat dan lebih gembira, sepertimana yang sepatutnya, menerusi program kesejahteraan menyeluruh yang membawa pembaharuan. Untuk maklumat lanjut, dapatkannya dengan meninjau dunia kesejahteraan kami dan peluang untuk meningkatkan lagi kualiti kehidupan anda.
Terima Kasihkerana melawat laman web kami hari ini dan kami harap anda akan menyertai keluarga global kami - dalam wawasan kami untuk membantu orang ramai agar mereka mempunyai kehidupan yang lebih sihat, lebih gembira dan lebih bermakna!
Salam Kesihatan untuk Seumur Hidup,
David Ho
Pengarah Urusan
HOVID BERHAD |